Monday, February 18, 2008

SISA CECAIR


Pembuangan sisa cecair yang tidak diurus dengan sempurna akan memberikan kesan bahaya kepada manusia serta mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, kita perlu menyedari tanggungjawab sosial bagi mengelakkan pencemaran ini berlaku. Semua pihak perlu mengambil langkah pengawalannya diperingkat awal supaya pencemaran sisa cecair ini tidak menjadi 'barah' kepada masyarakat di negara kita yang sekarang ini pesat membangun dengan pembangunan wilayah koridor raya. Jika pembangunan wilayah koridor raya ini tidak dikawal dengan sempurna serta masyarakat umum tidak didedahkan dengan pengetahuan bahaya sisa cecair dan impaknya kepada alam sekitar, maka pembuangan industri akan menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk lagi. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik.

JENIS SISA

SISA MINYAK MINERAL
Sisa mengandungi minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah yang tercemar dengan minyak dan seumpamnya.

SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR ³ 1 %
Freon, sisa-sisa PVC, kloroform, pelarut-pelarut, kapasitor dan 'transformers' yang mengandungi PCB dan seumpamanya

SISA PELARUT YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR <>
Aseton, alkohol (cth: etanol, metanol), benzena, turpentina, xilena dan seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam, mengandungi < color="#ff9900">SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR <>
Gam, latex, cat, fenol, dakwat percetakan, minyak sintitik, sabun, epoksi dan seumpamanya.

SISA YANG MENGANDUNGI RAKSA
Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksa dan seumpamanya.

SISA TIDAK ORGANIK
Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemar logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya.

LAIN-LAIN
Sisa perubatan, 'lab - packs', sisa abestos, enap cemar mineral, isosianat (MDI, TDI), bateri dan seumpamanya.

NETWORKING


MAWA sedang mewujudkan hubungan dan jaringan kerja (networking) dengan pihak kerajaan dalam usaha untuk membantu mewujudkan kesedaran umum terhadap pencemaran bahan sisa yang memberi impak kepada alam sekitar di peringkat kawasan, daerah, negeri dan kebangsaan. Kementerian dan jabatan yang telah mengalu-alukan dan akan bekersama dalam networking ini ialah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan,Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Friday, February 15, 2008

Latarbelakang MAWA












Persatuan Sisa Cecair Malaysia atau ringkasnya MAWA (Malaysian Wastewater Association) dahulu namanya dikenali dengan singkatan KONSISA (Persatuan Kontraktor Sisa Pepejal Malaysia), adalah merupakan sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non Government Organization) berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 30 Mac 2005. No.Pendaftaran 0526-05-7.

MATLAMAT
Matlamat persatuan ini adalah untuk mempertingkat dan memajukan serta mengekalkan kemahiran dalam aspek pengurusan persekitaran dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keupayaan organisasi serta kemahiran seseorang bagi kepentingan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar. " to promote and advance the practice and search in environmental management with the aim of increasing the awareness and capacity of organizations, professionals and persons with interest in the management of the impacts of human activities on the environment."

Semenjak ia ditubuhkan, Persatuan ini juga berperanan dalam menjaga kepentingan kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pengurusan sisa cecair di Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

AHLI PERSATUAN
Keahlian persatuan ini adalah terdiri dari kalangan mereka yaang terlibat dalam menyelenggara dan mengurus serta mereka yang berminat dalam industri sisa cecair dan alam sekitar iaitu golongan profesional, ahli akedemik, industri sisa cecair dan NGOs. Sebelas organisasi industri sisa cecair yang telah berdaftar menjadi ahli persatuan ini iaitu seperti berikut:-

1. Teknik Datasaab Sdn.Bhd (Selangor)

2. Metro Utilities Sdn.Bhd (Kuala Lumpur)

3. Biosolid Sdn.Bhd (Kuala Lumpur)

4. PT Jaya Construction (Pahang)

5. SDC Resources Sdn.Bhd (Kedah)

6. Zaraz Engineering Sdn.Bhd (Selangor)

7. T & I Avenue (M) Sdn.Bhd (Pulau Pinang)

8. City Sanitary Services Sdn.Bhd (Pulau Pinang)

9. Integrated Enviro-Water Management Sdn.Bhd(N.Sembilan)

10. Al Saudia Resources Sdn.Bhd (Perak)

11. Finetop Essence Sdn.Bhd (Perak)

5 PERANAN UTAMA

1. Menyediakan pengetahuan kepada ahli dan berkongsi pengalaman serta kemahiran tentang pengurusan industri air dan alam sekitar;

2. Melaksanakan program dan aktiviti kesedaran kepada ahli dan masyarakat umum serta golongan pelajar terhadap pentingnya penjagaan dan pengurusan industri sisa cecair dan alam sekitar yang seimbang bagi menjamin kualiti alam tidak tercemar melalui penganjuran seminar, forum, kursus dan latihan serta lawatan pendedahan;

3. Menerbitkan risalah maklumat dan buletin mengenai aktiviti persatuan serta isu-isu pencemaran alam sekitar berkaitan sisa cecair;

4. Menjalankan kajian tentang pencemaran alam sekitar yang berpunca dari pembuangan sisa cecair yang tidak terkawal;

5. Mewujudkan jaringan kerja (networking) dengan pihak kerajaan, NGOs, swasta, university, golongan profesional serta akademik;