Wednesday, March 5, 2008

MINGGU ALAM SEKITAR


MAWA dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Malaysia akan menganjurkan Minggu Alam Sekitar di Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Jln.Klang Lama, Kuala Lumpur pada 12hb hingga 18 hb April 2008. Sepanjang minggu tersebut beberapa akativiti akan diadakan iaitu pameran dan ceramah kesedaran alam sekitar. Guru-guru, ibubapa dan para pelajar akan menyertai program ini.

Tuesday, March 4, 2008

MAWA BERSAMA MPSJ BERI KESEDARAN DAN PENDEDAHAN ALAM SEKITAR KEPADA PELAJAR









MAWA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan program lawatan pendedahan alam sekitar pada April 2008 yang akan melibatkan empat buah sekolah iaitu SMK Seri Serdang, SMK USJ 23, SMK Seafield USJ 2 dan SMK Puchong Utama 1. Pelajar yang terlibat ialah seramai 160 orang dan 4 orang guru.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk;
* Mewujudkan kesedaran dikalangan pelajar mengenai sisa cecair dan impaknya terhadap alam sekitar;
* Memberi pendedahan mengenai proses rawatan kumbahan sisa;
* Memberi peluang kepada pelajar untuk berdialog mengenai isu-isu berkaitan dan menimba pengetahuan baru mengenai peranan industri sisa cecair dan pihak Majlis Tempatan dalam mengawal pencemaran alam sekitar.

MAWA telah mengadakan sesi perbincangan dengan pegawai-pegawai Local Agenda 21 MPSJ baru-baru ini bagi mengaturkan program lawatan tersebut. Turut terlibat dalam program ini ialah IWK dan JPS Selangor. Kelihatan dalam gambar diatas, no.4 dari kanan En.Ismail Aziz, Setiausaha Eksekutif MAWA, Pn.Rozaini, Pn.Faradiyatul Liana dan En.Mohd Hafiz dari Jabatan Landskap Dan Perkhidmatan Bandar MPSJ.