Wednesday, September 9, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA











Pada 3hb Sept, bertempat di Concorde Inn KLIA, Naib Presiden MAWA,En.Shahruzzaman Adam bersama En.V.P.Selvam,GM Teknik Datasaab Sdn Bhd hadir di Majlis Berbuka Puasa anjuran Teknik Datasaab Sdn Bhd (TDS) Cawangan KLIA. Hadir bersama di majlis ini ialah En.Syamsuri Mohd Nor Pengurus Projek TDS Cawangan KLIA, pegawai-pegawai dan kakitangan Malaysian Airport Berhad (MAB) dan kakitangan Teknik Datasaab Sdn Bhd Cawangan KLIA. Disamping menikmati juadah, majlis ini berjaya mewujudkan hubungan rapat dan ramah mesra antara MAWA, Teknik Datasaab Sdn Bhd serta pegawai-pegawai dan kakitangan MAB.








SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI




Presiden dan Ahli Jawatankuasa MAWA ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI -MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang berugama Islam. Semoga dibulan yang mulia ini kita semua memperolehi kemenangan dan kejayaan. Di hari raya yang bakal tiba marilah kita bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan semoga hubungan itu akan terus berkekalan.






Thursday, February 12, 2009

MAWA MENJADI ANGGOTA JAWATANKUASA LOCAL AGENDA 21 KUALA LUMPUR


Satu lagi penglibatan MAWA dengan pihak kerajaan iaitu telah dipilih menganggotai Jawatankuasa Local Agenda 21 Kuala Lumpur. MAWA telah dijemput menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Seminar Pojek Perintis LA21 KL Bandar Raya Bersih Dan Indah pada 23 Jan 2009 dan 6 feb 2009 lalu. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tn Hj.Shaari Ahmad Junid, Pegawai Khas Ybhg.Datuk Bandar. Seminar tersebut akan diadakan pada 03 hb Mac 2009 bertempat di Swiss Gardern Hotel, Kuala Lumpur. Tujuan seminar ini secara khususnya ialah:-


i) Salah satu mekanisma mengumpul semula rakan kongsi mendapatkan komitmen berterusan sepanjang penglibatan jawatankuasa dalam melaksanakan projek printis.

ii) Memberi pendedahan, berkongsi pengalaman diantara pihak berkepentingan.

iii) Memaklumkan kemajuan pelaksanaan projek/isu-isu yang berbangkit oleh setiap pengerusi jawatankuasa kerja yang terdiri dari 5 jawatankuasa kerja yang dibentuk di bawah projek tersebut.

iv) Memberi input/panduan dimasa akan datang kepada rakan kongsi berkenaan pelaksanaan projek printis ke arah memastikan projek yang dilaksanakan mencapai matlamat yang ditetapkan.

v) Membantu menghasilkan pelan tindakan pelaksanaan projek untuk tahun 2009 dalam membantu rakan kongsi melaksanakan projek perintis.


Melalui penglibatan MAWA dalam jawatankuasa ini, pihak DBKL telah menawarkan kepada MAWA untuk menjadi rakan kongsi 'partnership organisation' . Penglibatan ini akan memberi peluang kepada MAWA untuk berkongsi pengalaman dalam merencana serta melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan khusus mengenai sisa cecair kepada kumpulan sasarannya.