Monday, September 15, 2008

MAWA SERTAI FORUM MWA -"Framework for the 10th Malaysian Plan"


Pada 15 Sept 2008, bertempat di Pusat Latihan Persatuan Air Malaysia (MWA) berlangsung satu forum mengenai merangka Rancangan Malaysia Ke 10 yang dianjurkan oleh Persatuan Air Malaysia (MWA). MAWA dan ahlinya telah menyertai forum ini. Ianya bertujuan mendapatkan maklumbalas, pandangan dan cadangan untuk faedah industri air. Maklumbalas dan cadangan dari peserta yang hadir akan dapat menyediakan memorandum kepada pihak kerajaan dalam usaha memajukan industri air dalam Rancangan Malaysia Ke 10. Dalam sesi perbincangan kumpulan, En.Ismail Abd Aziz, Setiausaha Eksekutif MAWA telah menyuarakan supaya pihak kerajaan melalui pembangunan industri air dalam Rancangan Malaysia Ke 10 perlu memberikan fokus mewujudkan latihan skil pengurusan dan pengendalian dalam industri air. Berkaitan cadangan ini, Presiden Persatuan Air Malaysia bersetuju supaya diwujudkan satu 'Water Academy' bagi tujuan menyediakan latihan tersebut. En.Ismail juga menambah perlunya kerajaan menyediakan peruntukkan khas kepada NGO yang terlibat dalam industri air bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti seperti program didikan kesedaran, pendedahan, forum, seminar dan kursus.

Thursday, September 11, 2008

MAWA WUJUD KERJASAMA DENGAN UPM


MAWA sedang mewujudkan kerjasama dan jaringan kerja bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. Seramai 60 orang pelajar Fakulti Sains dan Alam Sekitar telah menjadi ahli MAWA. Satu Jawatankuasa Kerja akan diwujudkan yang terdiri dari beberapa orang ahli yang aktif bagi merancang dan bertukar idea untuk menjalankan aktiviti program secara bersama dalam usaha memberi kesedaran umum, mendidik golongan pelajar, mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan mengenai isu-isu alam sekitar dan sisa cecair.