Thursday, November 13, 2008

MAWA DILANTIK MENJADI AHLI JAWATANKUASA PANEL PENILAI PENGIKTIRAFAN KURSUS / LATIHAN.




Dato' Vyran T.Raj.
Presiden MAWA


Presiden MAWA telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Panel Penilai Pengiktirafan Kursus /Latihan Bagi Sektor Pembentungan (JPPPL) Untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). MAWA berkeyakinan penuh dengan pengalaman beliau yang lebih 32 tahun dalam industri perkhidmatan pembentungan akan dapat dikongsi bersama dan akan lebih dimanafaatkan lagi dengan adanya penglibatan dan komitmen beliau dalam JPPPL ini nanti. JPPL berfungsi bagi mencapai matlamatnya seperti berikut:-

1. Memastikan infrastruktur pembentungan dan sistem rawatan kumbahan dibina, dikendali dan di selenggara menepati garis panduan yang ditetapkan melalui satu program latihan yang berstruktur;
2. Meningkatkan tahap profesionalisme industri pembentungan;
3. Meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pekerja pembentungan;
4. Melahirkan pekerja industri pembentungan yang terlatih dan mahir; dan
5. Meningkatkan tahap keyakinan, mewujudkan rasa pemilikan /ketuanan (ownership) dan bertanggungjawab semasa mengendalikan operasi loji rawatan kumbahan.




Mesyuarat Jawatankuasa kali 1/2008 telah diadakan pada 18hb Nov 2008 jam 09.30 pg bertempat di Bilek Mesyuarat SPAN. Seramai 3 orang wakil dari MAWA telah hadir iaitu Dato' Vyran, En.Shahruzzaman dan En.Ismail.


MENGHADIRI MESYUARAT SPAN




Pada 05hb Nov 2008, wakil dari MAWA telah menghadiri mesyuarat Draf Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Tangki Septik) 2008 ; Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Nyahenap Cemar Dan Pelepasan Septaj) 2008, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh YBhg.Dato' Teo Yen Hua, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN. Mesyuarat dihadiri kira-kira seramai 50 orang terdiri dari wakil-wakil Industri, NGOs dan pegawai-pegawai Majlis Tempatan, SPAN serta Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Di mesyuarat ini wakil SPAN telah membentangkan Draf Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Tangki Septik) 2008 & Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Nyahenap Cemar Dan Pelepasan Septaj) 2008. YBhg.Dato' Vyran T.Raj, Presiden MAWA telah memberikan pandangan, maklumbalas serta telah membangkitkan isu-isu berhubung kandungan draf tersebut. Pihak SPAN telah mengambil perhatian dan mengambil kira pandangan yang dikemukakan dan akan mengadakan sesi-sesi perbincangan susulan dengan pihak MAWA pada masa akan datang.




FAKTA:- Terdapat 1 juta unit tangki septik di Malaysia, sebanyak 700,000 unit tangki septik masih belum dinyahenap cemar. Tangki septik yang tidak dinyahenap cemar merupakan satu punca pencemaran alam sekitar. span.


Monday, September 15, 2008

MAWA SERTAI FORUM MWA -"Framework for the 10th Malaysian Plan"


Pada 15 Sept 2008, bertempat di Pusat Latihan Persatuan Air Malaysia (MWA) berlangsung satu forum mengenai merangka Rancangan Malaysia Ke 10 yang dianjurkan oleh Persatuan Air Malaysia (MWA). MAWA dan ahlinya telah menyertai forum ini. Ianya bertujuan mendapatkan maklumbalas, pandangan dan cadangan untuk faedah industri air. Maklumbalas dan cadangan dari peserta yang hadir akan dapat menyediakan memorandum kepada pihak kerajaan dalam usaha memajukan industri air dalam Rancangan Malaysia Ke 10. Dalam sesi perbincangan kumpulan, En.Ismail Abd Aziz, Setiausaha Eksekutif MAWA telah menyuarakan supaya pihak kerajaan melalui pembangunan industri air dalam Rancangan Malaysia Ke 10 perlu memberikan fokus mewujudkan latihan skil pengurusan dan pengendalian dalam industri air. Berkaitan cadangan ini, Presiden Persatuan Air Malaysia bersetuju supaya diwujudkan satu 'Water Academy' bagi tujuan menyediakan latihan tersebut. En.Ismail juga menambah perlunya kerajaan menyediakan peruntukkan khas kepada NGO yang terlibat dalam industri air bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti seperti program didikan kesedaran, pendedahan, forum, seminar dan kursus.

Thursday, September 11, 2008

MAWA WUJUD KERJASAMA DENGAN UPM


MAWA sedang mewujudkan kerjasama dan jaringan kerja bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. Seramai 60 orang pelajar Fakulti Sains dan Alam Sekitar telah menjadi ahli MAWA. Satu Jawatankuasa Kerja akan diwujudkan yang terdiri dari beberapa orang ahli yang aktif bagi merancang dan bertukar idea untuk menjalankan aktiviti program secara bersama dalam usaha memberi kesedaran umum, mendidik golongan pelajar, mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan mengenai isu-isu alam sekitar dan sisa cecair.

Monday, August 25, 2008

CERAMAH MENGENAI RAWATAN KUMBAHAN OLEH MAWA DI UPM






Pada 22hb.Ogos 2008, bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM,Serdang, MAWA telah mengadakan sesi ceramah mengenai rawatan kumbahan dan pengenalan mengenai MAWA. Ceramah telah disampaikan oleh Ir.Dr. Govindarajan dan En.Lester yang mewakili MAWA. Majlis ceramah ini telah di selaraskan oleh En.Ismail Aziz ,Setiausaha Eksekutif MAWA dibantu oleh Prof.Madya Dr.Mohd Kamil, Ketua Jabatan Fakulti Pengajian Alam Sekitar UPM. Seramai 100 orang pelajar hadir. Di majlis ini juga MAWA telah menyampaikan surat pengesahan kepada 60 orang pelajar yang mendaftar menjadi ahli MAWA. MAWA akan meneruskan kerjasamanya bersama Fakulti Pengajian Alam Sekitar UPM untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja bagi merangka aktiviti program pada masa akan datang.






Sunday, July 6, 2008

MAWA AKAN ADAKAN PERTEMUAN DENGAN SPAN

MAWA akan mengadakan sesi pertemuan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 18hb July 2008. Y.Bhg.Dato' Teo Yen Hua, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN bersama pegawai-pegawainya akan menerima kunjungan lawatan AJK MAWA pada jam 3.00 ptg. Pertemuan ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan dan jaringan kerja antara MAWA dengan SPAN serta membincangkan isu-isu terkini berkaitan industri sisa cecair.

Monday, June 30, 2008

LAWATAN TAPAK KE LOJI RAWATAN KUMBAHAN TAMAN PRISTANA, IJOK

























































Pada 25 June 2008, Ahli Jawatankuasa MAWA serta Kakitangan Teknik Datasaab Sdn.Bhd bersama 16 orang Pegawai-pegawai Bahagian Perolehan dan Kejuteraan Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya telah mengadakan satu lawatan pendedahan ke tapak Loji Rawatan Kumbahan "GRASS " di Taman Pristana, Ijok, Selangor. Lawatan ini bertjuan memberi pendedahan maklumaat dengan lebih jelas kepada Pegawai-pegawai teknikal Bahagian Perolehan dan Kejurutetaan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai sisitem kumbahan "GRASS". Taklimat telah disampaikan oleh Ir. Dr.Govindarajan ,CEO Metro Utilities Group dan Ir.RM.Subbiah,Managing Director, Green & Smart Sdn.Bhd. Tn.Hj.Hamzah, Setiausaha Agong MAWA turut menyelaraskan lawatan setengah hari ini. Turut memberi taklimat ialah Dato' Vyran T.Raj, Presiden MAWA.

Tuesday, June 3, 2008

BICARA PELUANG NIAGA


















Ahlijawatankuasa MAWA mewakili industri pembentungan melihat 'power point presentation' yang dipersembahkan oleh Ir.Dr.Govindarajan, Ketua Pegawai Eksekutif Metro Utilities Group Bhd.

Monday, June 2, 2008

SESI BERKONGSI PENGALAMAN DAN HALATUJU BERSAMA AHLI MAWA









Satu sesi taklimat dan perkongsian pengalaman mengenai halatuju industri pembentungan telah diadakan pada 28hb June 2008. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg.Dato'Vyran.T.Raj, Presiden MAWA. Seramai 10 orang ahli yang mewakili organisasi industri pembentungan serta mereka yang pakar dalam bidang perkhidmatan pembentungan hadir di sesi ini. Ir.Dr.V.Govindarajan, Ketua Pegawai Eksekutif Metro Utilities Group Bhd(MUG) telah menyampaikan taklimat mengenai fokus dan halatuju organisasinya. Beliau telah memperjelaskan sasaran pelanggan MUG terutamanya SPRO Sdn.Bhd dan akan melaksanakan pendekatan serta perkhidmatan konsultansi. Pihaknya juga akan mempertingkatkan jaringan kerja (networking) dengan pihak kerajaan serta pihak swasta yang berkaitan. Beberapa rancangan tindakan susulan telah dirangka bagi mewujudkan peluang-peluang pemasaran yang baru. Wakil dari Finetop Essence Sdn.Bhd, En.Sahnon Ahmad, telah memfokuskan peluang pemasaran baru dalam bidang 'Fiber IT Project' disamping mewujudkan jaringan kerja bersama MUG dalam melaksanakan halatuju dan tindakan pemasaran dalam perkhidmatan pembersihan pembentungan.




Monday, May 19, 2008

15,000 TAN SISA BUANGAN SETIAP HARI


Rakyat Malaysia menghasilkan >15,000 tan sisa buangan setiap hari dan di Lembah Klang sahaja, jumlah buangan yang terhasil adalah 5500 tan!
• Setiap rakyat Malaysia menghasilkan purata 1kg sisa buangan sehari
• Kerajaan tempatan kini menggunakan 40-70% daripada jumlah cukai taksiran
tahunan hanya untuk pengumpulan dan pelupusan sampah
.

Monday, April 14, 2008

MINGGU KESEDARAN ALAM SEKITAR DI SEK.MEN.KEB PETALING 12-18 APRIL 2008



En.Shahuzaman b.Adam,Naib Presiden MAWA.
" Kami mahu mempertingkatkan semangat mencintai alam sekitar di kalangan pelajar supaya mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan berhubung pengurusan alam sekitar kepada komuniti."

Pn.Kamilah,Pegawai Jabatan
Alam Sekitar WP/KL menyampaikan ceramah.








En.Ismail Abd Aziz, Setiausaha MAWA menyampaikan ceramah.
























Wednesday, March 5, 2008

MINGGU ALAM SEKITAR


MAWA dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Malaysia akan menganjurkan Minggu Alam Sekitar di Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Jln.Klang Lama, Kuala Lumpur pada 12hb hingga 18 hb April 2008. Sepanjang minggu tersebut beberapa akativiti akan diadakan iaitu pameran dan ceramah kesedaran alam sekitar. Guru-guru, ibubapa dan para pelajar akan menyertai program ini.

Tuesday, March 4, 2008

MAWA BERSAMA MPSJ BERI KESEDARAN DAN PENDEDAHAN ALAM SEKITAR KEPADA PELAJAR









MAWA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan program lawatan pendedahan alam sekitar pada April 2008 yang akan melibatkan empat buah sekolah iaitu SMK Seri Serdang, SMK USJ 23, SMK Seafield USJ 2 dan SMK Puchong Utama 1. Pelajar yang terlibat ialah seramai 160 orang dan 4 orang guru.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk;
* Mewujudkan kesedaran dikalangan pelajar mengenai sisa cecair dan impaknya terhadap alam sekitar;
* Memberi pendedahan mengenai proses rawatan kumbahan sisa;
* Memberi peluang kepada pelajar untuk berdialog mengenai isu-isu berkaitan dan menimba pengetahuan baru mengenai peranan industri sisa cecair dan pihak Majlis Tempatan dalam mengawal pencemaran alam sekitar.

MAWA telah mengadakan sesi perbincangan dengan pegawai-pegawai Local Agenda 21 MPSJ baru-baru ini bagi mengaturkan program lawatan tersebut. Turut terlibat dalam program ini ialah IWK dan JPS Selangor. Kelihatan dalam gambar diatas, no.4 dari kanan En.Ismail Aziz, Setiausaha Eksekutif MAWA, Pn.Rozaini, Pn.Faradiyatul Liana dan En.Mohd Hafiz dari Jabatan Landskap Dan Perkhidmatan Bandar MPSJ.






Monday, February 18, 2008

SISA CECAIR


Pembuangan sisa cecair yang tidak diurus dengan sempurna akan memberikan kesan bahaya kepada manusia serta mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, kita perlu menyedari tanggungjawab sosial bagi mengelakkan pencemaran ini berlaku. Semua pihak perlu mengambil langkah pengawalannya diperingkat awal supaya pencemaran sisa cecair ini tidak menjadi 'barah' kepada masyarakat di negara kita yang sekarang ini pesat membangun dengan pembangunan wilayah koridor raya. Jika pembangunan wilayah koridor raya ini tidak dikawal dengan sempurna serta masyarakat umum tidak didedahkan dengan pengetahuan bahaya sisa cecair dan impaknya kepada alam sekitar, maka pembuangan industri akan menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk lagi. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik.

JENIS SISA

SISA MINYAK MINERAL
Sisa mengandungi minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah yang tercemar dengan minyak dan seumpamnya.

SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR ³ 1 %
Freon, sisa-sisa PVC, kloroform, pelarut-pelarut, kapasitor dan 'transformers' yang mengandungi PCB dan seumpamanya

SISA PELARUT YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR <>
Aseton, alkohol (cth: etanol, metanol), benzena, turpentina, xilena dan seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam, mengandungi < color="#ff9900">SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR <>
Gam, latex, cat, fenol, dakwat percetakan, minyak sintitik, sabun, epoksi dan seumpamanya.

SISA YANG MENGANDUNGI RAKSA
Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksa dan seumpamanya.

SISA TIDAK ORGANIK
Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemar logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya.

LAIN-LAIN
Sisa perubatan, 'lab - packs', sisa abestos, enap cemar mineral, isosianat (MDI, TDI), bateri dan seumpamanya.

NETWORKING


MAWA sedang mewujudkan hubungan dan jaringan kerja (networking) dengan pihak kerajaan dalam usaha untuk membantu mewujudkan kesedaran umum terhadap pencemaran bahan sisa yang memberi impak kepada alam sekitar di peringkat kawasan, daerah, negeri dan kebangsaan. Kementerian dan jabatan yang telah mengalu-alukan dan akan bekersama dalam networking ini ialah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan,Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Friday, February 15, 2008

Latarbelakang MAWA












Persatuan Sisa Cecair Malaysia atau ringkasnya MAWA (Malaysian Wastewater Association) dahulu namanya dikenali dengan singkatan KONSISA (Persatuan Kontraktor Sisa Pepejal Malaysia), adalah merupakan sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non Government Organization) berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 30 Mac 2005. No.Pendaftaran 0526-05-7.

MATLAMAT
Matlamat persatuan ini adalah untuk mempertingkat dan memajukan serta mengekalkan kemahiran dalam aspek pengurusan persekitaran dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keupayaan organisasi serta kemahiran seseorang bagi kepentingan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar. " to promote and advance the practice and search in environmental management with the aim of increasing the awareness and capacity of organizations, professionals and persons with interest in the management of the impacts of human activities on the environment."

Semenjak ia ditubuhkan, Persatuan ini juga berperanan dalam menjaga kepentingan kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pengurusan sisa cecair di Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

AHLI PERSATUAN
Keahlian persatuan ini adalah terdiri dari kalangan mereka yaang terlibat dalam menyelenggara dan mengurus serta mereka yang berminat dalam industri sisa cecair dan alam sekitar iaitu golongan profesional, ahli akedemik, industri sisa cecair dan NGOs. Sebelas organisasi industri sisa cecair yang telah berdaftar menjadi ahli persatuan ini iaitu seperti berikut:-

1. Teknik Datasaab Sdn.Bhd (Selangor)

2. Metro Utilities Sdn.Bhd (Kuala Lumpur)

3. Biosolid Sdn.Bhd (Kuala Lumpur)

4. PT Jaya Construction (Pahang)

5. SDC Resources Sdn.Bhd (Kedah)

6. Zaraz Engineering Sdn.Bhd (Selangor)

7. T & I Avenue (M) Sdn.Bhd (Pulau Pinang)

8. City Sanitary Services Sdn.Bhd (Pulau Pinang)

9. Integrated Enviro-Water Management Sdn.Bhd(N.Sembilan)

10. Al Saudia Resources Sdn.Bhd (Perak)

11. Finetop Essence Sdn.Bhd (Perak)

5 PERANAN UTAMA

1. Menyediakan pengetahuan kepada ahli dan berkongsi pengalaman serta kemahiran tentang pengurusan industri air dan alam sekitar;

2. Melaksanakan program dan aktiviti kesedaran kepada ahli dan masyarakat umum serta golongan pelajar terhadap pentingnya penjagaan dan pengurusan industri sisa cecair dan alam sekitar yang seimbang bagi menjamin kualiti alam tidak tercemar melalui penganjuran seminar, forum, kursus dan latihan serta lawatan pendedahan;

3. Menerbitkan risalah maklumat dan buletin mengenai aktiviti persatuan serta isu-isu pencemaran alam sekitar berkaitan sisa cecair;

4. Menjalankan kajian tentang pencemaran alam sekitar yang berpunca dari pembuangan sisa cecair yang tidak terkawal;

5. Mewujudkan jaringan kerja (networking) dengan pihak kerajaan, NGOs, swasta, university, golongan profesional serta akademik;