Wednesday, September 9, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA











Pada 3hb Sept, bertempat di Concorde Inn KLIA, Naib Presiden MAWA,En.Shahruzzaman Adam bersama En.V.P.Selvam,GM Teknik Datasaab Sdn Bhd hadir di Majlis Berbuka Puasa anjuran Teknik Datasaab Sdn Bhd (TDS) Cawangan KLIA. Hadir bersama di majlis ini ialah En.Syamsuri Mohd Nor Pengurus Projek TDS Cawangan KLIA, pegawai-pegawai dan kakitangan Malaysian Airport Berhad (MAB) dan kakitangan Teknik Datasaab Sdn Bhd Cawangan KLIA. Disamping menikmati juadah, majlis ini berjaya mewujudkan hubungan rapat dan ramah mesra antara MAWA, Teknik Datasaab Sdn Bhd serta pegawai-pegawai dan kakitangan MAB.








SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI




Presiden dan Ahli Jawatankuasa MAWA ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI -MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang berugama Islam. Semoga dibulan yang mulia ini kita semua memperolehi kemenangan dan kejayaan. Di hari raya yang bakal tiba marilah kita bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan semoga hubungan itu akan terus berkekalan.






Thursday, February 12, 2009

MAWA MENJADI ANGGOTA JAWATANKUASA LOCAL AGENDA 21 KUALA LUMPUR


Satu lagi penglibatan MAWA dengan pihak kerajaan iaitu telah dipilih menganggotai Jawatankuasa Local Agenda 21 Kuala Lumpur. MAWA telah dijemput menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Seminar Pojek Perintis LA21 KL Bandar Raya Bersih Dan Indah pada 23 Jan 2009 dan 6 feb 2009 lalu. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tn Hj.Shaari Ahmad Junid, Pegawai Khas Ybhg.Datuk Bandar. Seminar tersebut akan diadakan pada 03 hb Mac 2009 bertempat di Swiss Gardern Hotel, Kuala Lumpur. Tujuan seminar ini secara khususnya ialah:-


i) Salah satu mekanisma mengumpul semula rakan kongsi mendapatkan komitmen berterusan sepanjang penglibatan jawatankuasa dalam melaksanakan projek printis.

ii) Memberi pendedahan, berkongsi pengalaman diantara pihak berkepentingan.

iii) Memaklumkan kemajuan pelaksanaan projek/isu-isu yang berbangkit oleh setiap pengerusi jawatankuasa kerja yang terdiri dari 5 jawatankuasa kerja yang dibentuk di bawah projek tersebut.

iv) Memberi input/panduan dimasa akan datang kepada rakan kongsi berkenaan pelaksanaan projek printis ke arah memastikan projek yang dilaksanakan mencapai matlamat yang ditetapkan.

v) Membantu menghasilkan pelan tindakan pelaksanaan projek untuk tahun 2009 dalam membantu rakan kongsi melaksanakan projek perintis.


Melalui penglibatan MAWA dalam jawatankuasa ini, pihak DBKL telah menawarkan kepada MAWA untuk menjadi rakan kongsi 'partnership organisation' . Penglibatan ini akan memberi peluang kepada MAWA untuk berkongsi pengalaman dalam merencana serta melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan khusus mengenai sisa cecair kepada kumpulan sasarannya.

Thursday, November 13, 2008

MAWA DILANTIK MENJADI AHLI JAWATANKUASA PANEL PENILAI PENGIKTIRAFAN KURSUS / LATIHAN.




Dato' Vyran T.Raj.
Presiden MAWA


Presiden MAWA telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Panel Penilai Pengiktirafan Kursus /Latihan Bagi Sektor Pembentungan (JPPPL) Untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). MAWA berkeyakinan penuh dengan pengalaman beliau yang lebih 32 tahun dalam industri perkhidmatan pembentungan akan dapat dikongsi bersama dan akan lebih dimanafaatkan lagi dengan adanya penglibatan dan komitmen beliau dalam JPPPL ini nanti. JPPL berfungsi bagi mencapai matlamatnya seperti berikut:-

1. Memastikan infrastruktur pembentungan dan sistem rawatan kumbahan dibina, dikendali dan di selenggara menepati garis panduan yang ditetapkan melalui satu program latihan yang berstruktur;
2. Meningkatkan tahap profesionalisme industri pembentungan;
3. Meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pekerja pembentungan;
4. Melahirkan pekerja industri pembentungan yang terlatih dan mahir; dan
5. Meningkatkan tahap keyakinan, mewujudkan rasa pemilikan /ketuanan (ownership) dan bertanggungjawab semasa mengendalikan operasi loji rawatan kumbahan.




Mesyuarat Jawatankuasa kali 1/2008 telah diadakan pada 18hb Nov 2008 jam 09.30 pg bertempat di Bilek Mesyuarat SPAN. Seramai 3 orang wakil dari MAWA telah hadir iaitu Dato' Vyran, En.Shahruzzaman dan En.Ismail.


MENGHADIRI MESYUARAT SPAN




Pada 05hb Nov 2008, wakil dari MAWA telah menghadiri mesyuarat Draf Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Tangki Septik) 2008 ; Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Nyahenap Cemar Dan Pelepasan Septaj) 2008, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh YBhg.Dato' Teo Yen Hua, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN. Mesyuarat dihadiri kira-kira seramai 50 orang terdiri dari wakil-wakil Industri, NGOs dan pegawai-pegawai Majlis Tempatan, SPAN serta Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Di mesyuarat ini wakil SPAN telah membentangkan Draf Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Tangki Septik) 2008 & Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Nyahenap Cemar Dan Pelepasan Septaj) 2008. YBhg.Dato' Vyran T.Raj, Presiden MAWA telah memberikan pandangan, maklumbalas serta telah membangkitkan isu-isu berhubung kandungan draf tersebut. Pihak SPAN telah mengambil perhatian dan mengambil kira pandangan yang dikemukakan dan akan mengadakan sesi-sesi perbincangan susulan dengan pihak MAWA pada masa akan datang.




FAKTA:- Terdapat 1 juta unit tangki septik di Malaysia, sebanyak 700,000 unit tangki septik masih belum dinyahenap cemar. Tangki septik yang tidak dinyahenap cemar merupakan satu punca pencemaran alam sekitar. span.


Monday, September 15, 2008

MAWA SERTAI FORUM MWA -"Framework for the 10th Malaysian Plan"


Pada 15 Sept 2008, bertempat di Pusat Latihan Persatuan Air Malaysia (MWA) berlangsung satu forum mengenai merangka Rancangan Malaysia Ke 10 yang dianjurkan oleh Persatuan Air Malaysia (MWA). MAWA dan ahlinya telah menyertai forum ini. Ianya bertujuan mendapatkan maklumbalas, pandangan dan cadangan untuk faedah industri air. Maklumbalas dan cadangan dari peserta yang hadir akan dapat menyediakan memorandum kepada pihak kerajaan dalam usaha memajukan industri air dalam Rancangan Malaysia Ke 10. Dalam sesi perbincangan kumpulan, En.Ismail Abd Aziz, Setiausaha Eksekutif MAWA telah menyuarakan supaya pihak kerajaan melalui pembangunan industri air dalam Rancangan Malaysia Ke 10 perlu memberikan fokus mewujudkan latihan skil pengurusan dan pengendalian dalam industri air. Berkaitan cadangan ini, Presiden Persatuan Air Malaysia bersetuju supaya diwujudkan satu 'Water Academy' bagi tujuan menyediakan latihan tersebut. En.Ismail juga menambah perlunya kerajaan menyediakan peruntukkan khas kepada NGO yang terlibat dalam industri air bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti seperti program didikan kesedaran, pendedahan, forum, seminar dan kursus.