Thursday, November 13, 2008

MAWA DILANTIK MENJADI AHLI JAWATANKUASA PANEL PENILAI PENGIKTIRAFAN KURSUS / LATIHAN.




Dato' Vyran T.Raj.
Presiden MAWA


Presiden MAWA telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Panel Penilai Pengiktirafan Kursus /Latihan Bagi Sektor Pembentungan (JPPPL) Untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). MAWA berkeyakinan penuh dengan pengalaman beliau yang lebih 32 tahun dalam industri perkhidmatan pembentungan akan dapat dikongsi bersama dan akan lebih dimanafaatkan lagi dengan adanya penglibatan dan komitmen beliau dalam JPPPL ini nanti. JPPL berfungsi bagi mencapai matlamatnya seperti berikut:-

1. Memastikan infrastruktur pembentungan dan sistem rawatan kumbahan dibina, dikendali dan di selenggara menepati garis panduan yang ditetapkan melalui satu program latihan yang berstruktur;
2. Meningkatkan tahap profesionalisme industri pembentungan;
3. Meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pekerja pembentungan;
4. Melahirkan pekerja industri pembentungan yang terlatih dan mahir; dan
5. Meningkatkan tahap keyakinan, mewujudkan rasa pemilikan /ketuanan (ownership) dan bertanggungjawab semasa mengendalikan operasi loji rawatan kumbahan.




Mesyuarat Jawatankuasa kali 1/2008 telah diadakan pada 18hb Nov 2008 jam 09.30 pg bertempat di Bilek Mesyuarat SPAN. Seramai 3 orang wakil dari MAWA telah hadir iaitu Dato' Vyran, En.Shahruzzaman dan En.Ismail.


No comments: